Monday, 10 March 2014

Pusara Almarhum Aish Syuraid Aadiyat bin Mohd Aminuddin

Alhamdulillah...mamy dah dapat buatkan kepok untuk Aish...memang ade yang mengatakan...xboleh buat sebarang binaan diatas pusara...tapi tujuan mamy buat...untuk elakan dari tanah runtuh dan hakisan air...pusara aish betul2 kat tepi tebing...mamy risau...bila hujan lebat...tanah makin terhakis...Memang nampak mcm besar belanja yang mamy keluarkan untuk buat kepok Aish...Tapi ALhamdulillah...sebenarnya...banyak yang membantu dan berniat sedekah untuk kita syg....Aunty Faezah sedekahkan mozek dan batu kecil yang mahal tuk buat kepok aish...dia kenalkan mamy dengan abg Yusoff...Pak cik yang buatkan kepok aish...dengan harga yang sgt2 murah...sebab bila dia dengar cerita tentang aish...dia pun sebak...jadi dia ikhlas buatkan kepok tuk aish...Untuk batu nisan pula...papa mmg nak batu nisan yang tahan lama..sebab...batu nisan bukan benda yang boleh diganti selalu...biarlah jenis yang dapat tahan lama...Alhamdulillah...Al-Fatihah...doa...untuk aish memang xputus dari bibir mamy syg...itu jek yang mamy mampu lakukan untuk wildan syurga kesayangan mamy ni...





Majlis Aqikah Ke 2

Alhamdulillah...papa dapat bonus hujung tahun...Mamy mmg ade niat nak buat kenduri 100 hari Aish...Tapi tak ada la kenduri besar...sebab budget tak ada la banyak sgt kan...hehee...Tapi mamy mmg berdoa dengan Allah S.W.T..mudah2an di murahkan rezeki...dapat buat Akiqah lagi seekor kambing...Pada mamy...baru la sempurna..ape yang mamy mampu lakukan tuk aish...walaupun aish dah tak ada...Mamy dan papa memang tak terfikir langsung tentang bonus..100 hari aish pada 17 Disember 2013....Tapi bila papa beritahu..15 Disember 2013...bonus papa masuk...Alhamdulillah...mamy menangis dengar...Allah s.w.t makbulkan pemintaan mamy...Mamy terus call Hajah Salmi...minta buatkan kan akiqah lagi seekor kambing...Tapi...kali ni...mamy minta...papa pergi tengok dieorg jalankan akiqah tu...mamy nak papa yg niat sendiri masa kambing tu di sembelih....Mamy nak sgt pergi...tapi sebab macam tak sesuai kan tuk mamy pergi tempat penyembelihan...sebab Adeq Aish masih kecil lagi dalam kandungan mamy...masa tu aafiyat baru dalam 10 weeks 2 days...Tapi kali ni...mamy niat nak sedekahkan makanan ni semua pada kawan-kawan opiz papa...kawan-kawan opiz mamy...dan orang-orang di surau Tok Yah...Majlis Tahlil 100 hari aish mamy buat di surau tok yah jek...tapi semua lauk kecuali yang kambing aqikah..mak tok yang masak...mamy dan mak tok bungkus-bungkus...dan papa yang hantar ke opiz semua...Alhamdulillah...dapat buat untuk 150 orang punya makan...Tahlil Aish dibuat pada:

Tarikh : 17 Disember 2013
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Felda Ulu Tebrau













Umrah Sunat, Ibadah Qurban dan Majlis Aqikah Almarhum Aish Syuraid Aadiyat bin Mohd Aminuddin

Majlis Akiqah

Majlis Akiqah yang pertama Aish mamy buat masa hari ke 5 Aish pergi meninggalkan mamy...Mamy buat sekali dengan Majlis doa selamat tuk Mak tok dan Tok Yah nak berangkat ke tanah suci sebagai tetamu Rumah Allah...Majlis Aish di buat pada :

Tarikh : 15 September 2013
Masa   : 2.00 pm - 9.00 pm

Alhamdulillah...ramai yg datang...kawan-kawan skoll mamy pon ade dtg...aunty baity n husband, aunty shark, aunty, marya, auntie a-ah n husband..Aunty Rozy n husband, aunty salbiah, aunty c-tot...Mamy rasa...mbeek aish ni sgt besar...Mamy akad dan minta tolong Hajah Salmi untuk uruskan dari sembelih hingga la masak...dia wat mbeekk aish masak blackpaper...Mamy n papa x makan...sbb mamy n papa da niat nak wat tuk aish bg pada org2 makan... :) ....Harga siap masak semua RM850.00...Untuk lauk-lauk lain pula..mamy juz tambahan RM500.00...Yg lebih...tok yah yang keluar duit...Alhamdulillah...In Sha Allah...ade rezeki...mamy akan buat akiqah lagi seekor kambing untuk aish...

Ibadah Qurban

Ibadah Qurban Aish pula...Papa akad dengan tok yah sebelum tok yah berangkat ke Mekkah...Mamy niat buat Ibadah Qurban Aish di Mekkah...Alhamdulillah syg...hajat mamy tercapai...Pada 15 Oktober 2013 Ibadah Qurban Aish dilaksanakan di Tanah Suci Mekkah...Tapi mamy xtau la...kat sana dieorg sembelih unta atau kibas...X kisah la aish...ape pon binatangan tunggangan Aish...sbb bg mamt=y...Aish da mmg ditempatkan disyurga kan...Walahualam...

Umrah Sunat

Selepas selesai tok yah buat umrah untuk diri sendiri...Tok Yah buat kan Umrah sunat untuk Aish...Alhamdulillah sayang...Mamy xtau mcm mana nak balas segala kebaikan yang mak tok dan tok yah da buat untuk kita...Mak tok dan tok yah mmg sayang aish sgt...walaupun tok yah x berapa sihat semasa berada di sana...beberapa kali tok yah terpaksa diberi bantuan oksigen...Tapi tok yah tetap buat kan umrah sunat untuk Aish...Mak Tok ade belikan Al-Quran dan di letakkan di Masjidil Haram atas nama Aish...SubahanAllah...Aish sgt beruntung syg....Syukur Alhamdulillah...Allah s.w.t beri mamy peluang mengandung, melahirkan dan menyusukan Wildan Syurga pilihan Allah ini...Tok yah buatkan umrah aish pada:

Tarikh : 24 Oktober 2013
Masa   : 2.00pm (waktu Malaysia)

___________________________________________________________________________________

HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”
[HR. Abu Daud]

Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.

JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban).

Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Hukum ibadat korban

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :

Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.

Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.

Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban

Disunatkan melakukan ibadat korban ini kepada mereka yang mempunyai syarat-syarat berikut :
1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh atau pun gila
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sunday, 1 December 2013

Majlis Pengebumian Aish Syuraid Aadiyat Bin Mohd Aminuddin

Masa kita sampai rumah mak tok...8/9/2013...jam 11.55pm...Mamy tengok ramai yang dah tunggu aish...ada ayah boy...ayah chick...sedara papa...kawan kerja papa...mamy terus masuk...ambilkan tilam aish...alas tilam aish...ambil bantal aish....tok su peluk jek aish....mamy minta aish dari tok su...bukan mamy tak bagi tok su pegang...tapi...biar la aish berehat....mamy baringkan aish...semua duduk keliling aish...baru lah tok bah dan tok mama aish sampai...1st time baru mereka dapat pegang aish...tapi hanya jasad aish yang dah tak benyawa...selagi hayat masih ada...ambil lah kesempatan...jangan pula bila dah tak ada...cakap dengan orang..."Aku pegang cucu aku dah keras".......pesanan untuk semua yea....tapi tak apa aish...ramai yang lain sayang aish...mamy masuk bilik salin baju...mamy tak tahan...mamy nangis dalam bilik...mat tok dan tok su tenangkan mamy....mamy penat bertahan tuk jadi kuat sayang...mamy dah tak mampu...tapi mamy tak boleh macam ni...kesian aish...aish ada kat depan...tunggu mamy...lepas mamy salin baju..mamy duduk sebelak ayah boy...ayah boy peluk bahu mamy...mamy nangis agi...mamy tak tahan...lepas mamy rasa lega,,,baru mamy ke tempat aish...kawan-kawan papa masuk tengok aish...yang mamy ingat...ade uncle aim...uncle zul...uncle apul...uncle usop....yang lain mamy tak perasan...uncle zul beritahu...muka aish macam muka mamy...bila aish dah tak ada...dapat tengok aish depan mata..baru lah dieorang nampak muka aish macam mamy...tapi tak pe la aish...hehee...Bila semua beransur balik....sebab majlis pengebumian aish esok pagi...tok bah dan tok mama pon balik...tak pe aish...mereka tak boleh teman aish...mamy, papa, mak tok, tok su, dan kak ixora...ambil bantal...baring sebelah aish....tok yah aish tak tidur hingga pagi....mamy rasa bahagia sangat..sebab..masa mamy baring...papa peluk mamy dari belakang...mamy pula peluk aish....dapat juga mamy peluang untuk tidur sebagai 1 keluarga dengan aish dan papa...mamy terlelap dari kul 3.00am hingga kul 4.30am...mamy minta maaf sayang...mamy memang tak larat....bila mamy sedar...mak tok, tok su semua dah bangun....tok yah memang tak tidur....mamy peluk aish lagi...mamy cium aish....Ya Allah...tenang nya wajah aish....mamy sayang aish...mamy tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku bila semua orang datang untuk uruskan aish...sebab...biarlah mamy lalui sahaja...5.00am....mamy kejut papa...suruh mandi...untuk solat subuh...tok yah pergi masjid..untuk beritahu orang lain...tok yah beritahu orang yang akan gali kubur...mak tok minta aish di semadikan di depan pusara nenek aish....5.30am...mama gie dari KL sampai sayang...mama gie terus peluk dan cium aish....sementara mamy salin baju...mama gie yang teman aish...





makin terang...makin ramai yang datang...mamy duduk dekat aish...mamy cium aish....tak puas-puas ek cium aish...hehee..dalam pukul 8.00am...mamy salin kan aish baju...senang nanti atuk-atuk aish nak mandikan aish...mamy lap badan aish yang ada kesan darah...mamy lap bibir aish...ade kesan darah gak...mamy buka baju aish...baju aish kena darah sayang....mamy salinkan pampers aish...ade kesan darah...mamy pakai kan aish bedung...2 lapis...takut aish sejuk.....dalam kul 8.30am....orang yang nak menguruskan aish datang...tok yah ambil package pengurusan pengebumian...walaupun aish budak kecil...tak pe la...yang lebih di kira sebagai sedekah...atuk-atuk tu ukur aish...mamy senyum tengok aish...memang mamy sedih...tapi mamy rasa seronok...sebab..mamy tau...aish dah tak sakit lagi...biarla orang nak kata mamy gila ke...tak sayang anak ke...masih leh tersenyum even anak meninggal....mamy dah puas sayang...mamy dah puas tengok aish menderita....atuk-atuk tu minta dulang untuk mandikan aish...mamy dengar jek....Haaaaaaa?....dulang.....haiyooo...mamy terus teringat....mamy belikan aish bathtub yang ada lubang...jadi boleh la di gunakan untuk aish mandi...mamy ambil...mamy bagi atuk tu....atuk tu cakap..."Alhamdulillah...elok sangat lah ni"......mamy seronok sebab aish dapat mandi dalam bathtub asih...atuk tu bawa aih ke tempat mandi aish....papa yang tolong mandikan aish....tiba-tiba...mamy dengar 1 suara...:"Alfa...dibaringkan lagi besen mandi tu...senang nanti..."mamy pusing...mamy nampak ustaz md din...itu la ustaz yang nikah kan mamy dan papa...ustaz tu abah kawan mamy...aunty nanna...alhamdulillah...mamy nampak dia...mamy tak tau kenapa...mamy rasa bersyukur sangat....even tempat tu sempit....ustaz md din turut tolong pegang dan mandikan aish....ustaz md din minta bilasan terakhir tu...aish dimandikan dengan air suam....mamy ambil air suam...bila disiram atas badan Aish..dan aish diambilkan air sembahyang.....Masya Allah.....badan aish berubah kemerah-merahan...semua darah pada luka aish terhenti....lebam pada muka aish hilang...subhanAllah....Ustaz md Din pangku aish...dia minta papa ambilkan kan sikat dan sikat rambut aish...Ya Allah...papa sikat rambut aish sama macam aish baru lahir...papa tak tahan sayang...papa sayu sangat...papa nangis....aish di bawa ke depan untuk dikapankan...Bersih dan suci sangat wajah aish...langsung tak ada menunjukkan aish meninggal kerana sakit......Mamy rasa tenang sangat...Kuasa Allah s.w.t....bila aish dah dikapankan...aish comel sangat...mamy tengok aish dah macam beruang kutub...sebab ada kapas keliling muka aish...heheee...mamy cium aish...ramai yang cium dan sayang aish...pertama kali...mamy nampak tok yah tersedu kesedihan...tengok aish...tok yah cium aish...bila selesai semua...Aish di solatkan...walaupun aish budak kecil...tapi aish tetap di solatkan...Dekat luar...cuca redup dan hujan gerimis...

Lepas solat...aish di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau..Alhamdulillah..hujan berhenti....Uncle aim yang drive...uncle aim ni banyak tolong family kita tau aish...dari dulu dia kawan dengan papa...dari bujang...sampai mamy dan papa dah ada aish ni....dia la yang banyak bersusah payah...Mudah2an Allah s.w.t membalas jasa baik uncle aim tu kan...Aminnn...Papa pangku aish dalam kereta...Sepanjang perjalanan ke Tanah perkuburan...kereta aish kena escort dengan kereta peronda polis lagi...sejarah dalam kampung ni...hehee...rezeki aish sayang.....aish pakai sejadah tok yah...colour hijau muda...Aish dibawa naik kereta mamy....sampai di tanah perkuburan..mamy terus tengok liang lahad aish...alhamdulillah...sempurna sayang....Aish dapat di depan pusara nenek Aish..Ayah chik siap pergi kubur untuk confirmkan...betul tak liang aish di gali depan pusara nenek.....Papa pangku Aish dulu...sementara tunggu ustaz Md Din sampai....dalam 10 minit...baru ustaz Md Din sampai...siap diiringi polis peronda lagi...hehehe...Alhamdulillah...cuca reduo sangat sayang...angin sejuk jek....papa masuk dalam liang untuk sambut aish...mamy pangku aish...uncle aim tolong bukakan tali kain kapan aish...mamy lagi sekali dapat lihat dan cium aish...mamy serahkan aish pada papa...papa masukkan aish dalam liang...dan papa yang tutup papan tu semua....Alhamdulillah...Allah s.w.t beri mamy dan papa kekuatan untuk menghadapi semua ni dengan penuh kesabaran...Syukur sayang...selesai semua urusan pengebumian aish....hujan gerimis...








Semoga Aish Syuraid Aadiyat bersemadi dengan tenang sayang....Mamy dan papa sayang aish sangat...Aish adalah anak sulung mamy dan papa...abang untuk adik-adik aish....Aish tunggu mamy yea sayang.....

اَللّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِوَالِدَيْهِ وَذُخْرًا وَشَفِيعًا مُجَابًا اَللّهُمَّ ثَقِّلْ بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُورَهُمَا وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ سَلَفِ اْلمُؤْمِنِينَ وَاجْعَلْهُ فيِ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ جَهَنَّمَ
“Ya Allah, jadikan dia mendahului (yang menunggu) kedua orang tuanya, simpanan dan pemberi syafaat yang dikabulkan. Ya Allah, beratkanlah timbangan pahala keduanya dengan (kematian)nya dan besarkanlah pahala keduanya dengan (kematian)nya. ikutkan dia dengan orang shalih generasi terdahulu orang-orang yang beriman. Jadikanlah dia dalam jaminan Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmat-Mu dari siksa Jahanam.”

mamy buat tahlil arwah aish di surau selama 3 hari berturut-turut...walaupun bayi yang meninggal sebelum baligh tidak perlu di tahlilkan...mamy buat dengan niat bersedekah....Hari ke 6 aish pergi....mamy buat kan majlis aqikah Aish....Alhamdulillah sayang...mamy dan papa dapat aqikah kan seekor kambing untuk aish...in sha Allah...ada rezeki lebih...mamy buat lagi seekor yea...Sepanjang mamy dalam maternity leave...setiap hari mamy ke kubur...ziarah pusara aish...bila mamy da mula kerja..mamy pergi setiap hari rabu dan sabtu...setiap hari sabtu..mamy pergi dengan papa...masa mak tok dan tok yah belum menunaikan haji...setiap hari mereka yang teman mamy...bila mereka dah berangkat..ayah boy dan ayah chik yang teman mamy...





Kebetulan...tahun ni..mak tok dan tok yah dijemput menjadi tetamu Allah sayang....mak tok dan tok yah berangkat 4/10/2013 (jumaat)....mamy minta tolong mak tok...belikan Al-quran dan di sedekahkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...atas nama Aish Syuraid Aadiyat...Sebelum tok yah letak kan di kedua-dua masjid...tok yah baca menggunakan Al-Quran Aish tu dulu....Kemudian mamy ada kirim kan duit untuk buat Qurban Aish di Mekah...Alhamdulillah...Tok Yah dapat buatkan...Mak tok cerita...semasa tok yah akad untuk urusan ibadah qurban untuk Aish...tok yah menangis sayang....tok yah sayu sangat...Alhamdulillah...mungkin Qurban Aish adalah sebahagian unta....Ibadah qurban dijalankan di Mekkah...Masa di padang arafah..mak tok ade beritahu..semasa tok yah bacakan doa dari mamy untuk aish...tok yah menangis tersedu-sedu sehingga tok yah terpaksa di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oksigen kerana sesak nafas...Tok yah sayang aish sangat...mak tok pon sayang aish...cuma mak tok..Allah s.w.t kurniakan kekuatan untuk membantu tok yah...

9/10/2013..genap 1 bulan aish pergi tinggalkan mamy dan papa...malam tu mamy mimpi aish...Allahualam....sama ada itu mainan syaitan atau apa...mamy mimpi..aish ada dalam 1 bilik..pakai baju putih...didudukan depan mamy...mamy tak dapat pegang aish...aish tengok jek mamy...mamy tengok mata aish..besar..bulat bercahaya...telinga aish...rambut aish...aish sihat sangat...bila mamy tersedar...amy tengok jam 2.30am...

Pada 17/10/2013....mamy ada minta tolong tok yah...sebelum berangkat ke Mekkah...untuk buat majlis tahlil aish hari ke 40 di surau...Alhamdulillah...Papa pergi sayang masa tahlil aish tu...malam tu...tok yah pon buat kan tahlil aish....Lagi sekali sayang...tok yah di bawa ke Klinik untuk dapatkan bantuan oksigen....Tok Yah terlalu sebak semasa buatkan tahlil untuk aish....

Pada 24/10/2013...Alhamdulillah....Tok yah dapat buatkan umrah sunat untuk aish...untung nya mak tok aish....lepas tok ayah aish buat kan umrah sunat untuk aish....malam tu...mak tok mimpi aish....mak tok cakap...ramai sangat kawan-kawan aish...semua pakai jubah....ada yang main-main...ada yang berjalan-jalan...tapi aish duduk sambil goyang-goyangkan kaki...aish pakai jubah dan kopiah...mak tok cakap...aish tengok jek mak tok masa tu...lepas tu mak tok terus sedar...dan mak tok buat solat sunat...dan doakan kesejahteraan aish disana...Mudah-mudahan...mimpi mak tok semasa berada di tanah suci tu...bukan lah mainan tidur..wallahualam....seronok bila bayangkan aish dalam keadaan berjubah dan berkopiah...macam comel jek...heheeee
  
In sha Allah sayang...hujung bulan ni...mamy dan papa akan buat kan aqiqah aish untuk lagi seekor kambing.....Awal tahun depan...tanah di pusara aish dah betul-betul kuat dan padat...nanti mamy dan papa akan buatkan kepok yea sayang...sebagai tanda....senang kalau sesiapa nak menziarah...tau pusara aish yang mana....Aunty faezah aish pon ada niat untuk sedekah untuk aish,...aunty faezah nak sedekah kan mozek untuk buat kepok aish...Alhamdulillah...semoga Allah s.w.t murahkan rezeki..beri kesihatan yang baik kepada Aunty faezah sekeluarga,...

Mamy ada call pihak tabung haji...dan bertanya...boleh ke sekiranya mamy berniat untuk buat badal haji untuk aish....mereka cakap boleh...In Sha Allah...kalau ada rezeki...tahun depan...mamy dan papa akan buat badal haji untuk aish....Mudah-mudahan Allah s.w.t terima dan permudahkan segala urusan kita...Amin Ya Rabbal Al-Aminn...

Wednesday, 27 November 2013

IJN


Hari ke-19...mamy tak nyenyak tidur malam tadi.....mamy asyik tebangun....kul 4.00am...mamy bangun mandi...mamy kemas barang aish semua...kejut papa...mak tok dan tok yah....kul 5.30am..semua gerak keluar ke HSA....mak tok dan tok yah nak ikut aish pergi IJN...seronok nya....untuk pertama kali mak tok dan tok yah nak peluk dan cium aish...6.10am...mamy terus naik wad...aish dah siap mandi yea....mamy pakai kan aish baju...ala tomei nye...1st time aish dapat pakai baju yang mamy belikan tuk aish....mamy pakai kan baju baby kiko....colour putih...mitten colour putih...stokin dalam colour putih belang biru...pastu pakai booties colour putih..baby kiko nye gak....Aish menyusu....mamy dah pesan dengan aish...aish jangan tidur yea sayang...mak tok...tok yah...tok su..kakak ixora..kak yayan....tok bah n tok mama nak tengok aish...tapi aish tidur....ngam2 mamy n nurse nak tolak aish turun bawah ke ambulance...aish sleep....huhuuuu...tak de rezeki la yang lain nak tengok mata aish dalam keadaan life ni...selalu nya tengok gambar jek...semua tak boleh pegang aish...sebab semua terlupa bawa hand washer...semua dapat tengok jek la...papa banyak kali pujuk tok bah tuk ikut ke IJN...tapi tok bah cakap...tak boleh...tok bah kerja...mamy tak tau kenapa...mamy ade perasaan lain...mamy suruh semua tengok aish puas2...mamy suruh papa cakap lagi dengan tok bah...ikut la ke IJN...tapi nak macam mana....Aish naik Ambulance kul 8.00am...mamy tak boleh ikut aish sebab ambulance penuh...mamy naik kereta dengan mak tok dan tok yah...papa yang drive....mamy tak tau macam mana nak describe perasaan mamy...tapi mamy da...mudah2an...semua nya di permudahkan...mamy rasa papa drive...slow sangat...samapi dekat pedas linggi...mamy ilang sabar...mamy suruh papa berhenti tepi...mamy drive ke IJN...

bila mamy samapi...mamy terus ke information counter...mamy dapat rasa...aish tengah haus....aish dah admitted...mamy terus ke wad aish...bila sampai....mamy terus dengar suara aish...rupa-rupanya..nurse kat IJN baru nak bagi aish susu pakai botol....nurse cakap aish tak nak susu botol...bila mamy bagitau aish menyusu badan...dia cakap...patut la tak nak botol susu...semua dia tolak...Aish kelam kabut menyusu badan masa tu...mak tok terus menangis tengok aish menyusu...mak tok pegang kepala aish...pegang pipi aish....tok yah tengok jek aish......

Lepas aish menyusu...mamy bagi mak tok pegang aish.....aish tenung muka mak tok....bulat sangat mata aish.....mak tok peluk aish...cium aish....mak tok pegang semua badan aish....lepas tu...tok yah plak pegang aish...tok yah wirid kan aish...bacakan aish doa....aish tenung muka tok yah...bila mak tok panggil aish...aish pusing...cari suara mak tok....pastu...mama Gie datang....tapi baju mama gie kotor...mama gie boleh cium aish jek...pastu aish sleep...mamy masukkan aish dalam incubator...biar aish rehat...

                                    

position kegemaran aish...hehee
Wajah kesayangan mamy dunia dan akhirat




Dalam kul 5.30pm...sedara papa datang...tapi dia tak pegang aish pon...dia cakap...takut...sebab ada wire....tak pe la sayang...mamy ada...peluk aish kan....nurse bagi ubat tidur untuk bagi aish...nurse cakap...nak buat echo...so aish kena makan ubat tido...mamy fikir...selama ni....doctor wong ok jek echo xyah tunggu aish sleep...tak de pulak bagi ubat tidur....tapi mamy ikut jek la...tapi mamy xsangka...itu la...kali terakhir aish buka mata dalam keadaan sihat.....lepas aish makan ubat tidur....aish makin lemah....mamy dah 100001 macam rasa dah....tapi mamy diam jek...malam tu...mamy ajak papa bergambar dengan aish...









Malam tu...tuk pertama kali...mamy dapat jaga aish...tidur dengan aish...tapi aish tidur dalam incubator....berat aish tak cukup 3.00kg...aish tak boleh tidur atas katil....doctor pakar datang tuk explain berkenaan procedure aish esok..Dia bagi tau...nothing to worried...sebab tu just a procedure...tak melibatkan major operation...tapi mamy tak tau kenapa sayang...mamy tanya macam-macam dengan doctor...ape risiko...apa kemungkinan yang akan berlaku...procedure ni juz untuk buka injup jantung aish...macam mana dengan lubang pada injup yang lagi satu yang makin besar...akhirnya baru doctor tu beritahu....untuk buat masa ni...itu sahaja yang mereka boleh cuba tolong aish....untuk injup yang berlubang...dieorang tak boleh buat apa-apa...sebab aish terlalu kecil....kena tunggu umur aish 1 tahun...tapi...dieorg tak berani janjikan apa-apa...even procedure ini akan berjaya...asih tetap akan pergi untuk tinggalkan mamy bila-bila masa sahaja....masa tu papa tak tau sayang...ape yang doctor cakap...mamy pon tak beritahu papa...mamy takut papa tak boleh terima....mamy cuma boleh mampu berdoa....Allah s.w.t panjangkan umur aish...kuatkan semangat aish...mamy tak nak doa minta berikan yang terbaik...sebab mamy dapat rasakan...ape yang terbaik untuk aish adalah...mamy perlu redhakan aish pergi tinggalkan mamy....mamy sentiasa minta...Allah s.w.t pindahkan sakit aish pada mamy...aish kecik lagi...biar lah mamy yang pergi...tapi...Allah s.w.t Maha Mengetahuikan....

Malam tu...aish meragam...aish menangis jek...mamy biarkan aish dalam incubator sebab mamy tak nak aish penat...mamy nak aish rehat...% oksigen aish turun sampai 37%....mamy terus buka pintu incubator...mamy selimutkan aish...mamy peluk aish kuat-kuat...mamy doa...minta panjangkan lah umur Aish...bagilah peluang doctor ni semua dapat tolong aish.....mamy sanggup buat apa sahaja syg...tuk selamatkan aish....bila mamy peluk aish....oksigen jantung aish stabil...nurse datang...tapi bila tengok dah ok...nurse ingatkan aish menangis nak susu..Mamy peluk jek aish...mamy call papa...suruh papa naik atas...kawan aish...mamy cakap aish meragam....kul 1.00am...papa naik...papa kawan dengan aish...papa suruh letak aish dalam incubator...papa nak bacakan yassin untuk aish....Sayu sangat hati mamy masa tu...Pagi ni start kul 3.00am...aish kena puasa...esok aish nak buat procedure...kul 2.30am...mamy kejut aish menyusu...Aish bangun menyusu...tapi aish tak buka mata...aish lemah sangat...Aish menyusu sikt..pastu aish diam jek...bila mamy tarik...aish hisap semula...sampai jam 2.45am...aish tertidur semula...tapi bila mamy masukan dalam incubator..aish menangis...lagi sekali oksigen aish turun...mamy peluk aish semula...aish dia...aish stabil...aish nak mamy peluk aish eh...mamy kawan aish sampai kul 6.30am....papa dah turun bawah..papa nak mandi...papa tidur dalam kereta...mamy tak dapat tidur..sebab mamy peluk aish...mamy takut nak letak aish dalam incubator....

Hari ke-20...kul 7.30am...papa naik atas...papa mandi..lepas tu mamy minta papa jaga aish sekejap...mamy nak mandi...mamy pakai selua hitam...t-shirt hitam...sweater grey...stokin hitam....bila mamy tengok cermin...terdetik kat hati mamy...aku ni macam berkabung pula....Tapi mamy terus pergi tengok aish...papa pergi settle kan pembayaran bil aish....Aish orang ke 4 yang akan buat procedure...dalam pukul 12.00 tengah hari...mak tok datang hantar nasi untuk mamy makan...dari semalam mamy tak makan...papa belikan nasi dengan ayam goreng pon mamy tak boleh makan...mak tok gorengkan ikan bilis...mamy cuma dapat makan 3 sudu...mamy tak ade selera....aish masih tidur lagi...mamy bagi aish hisap puting...mamy risau aish haus...mamy pump susu...sebab lepas procedure..aish kena minum susu guna tiub atau botol...just dapat 4oz...maybe sebab mamy kurang makan...susu tak banyak....

kul 8.30..papa settle bayar bil...papa pergi breakfast dengan mak tok dan tok yah....tiba-tiba nurse datang....ibu....sediakan aish yea...baby dah nak kena buat procedure..mamy call papa...papa tengah breakfast...mamy minta nurse nak mandikan aish sendiri...mamy tengok baju yang nurse bagi...Ya Allah...sayu nya hati mamy...mamy tahan...mamy dah janji dengan diri mamy dari aish dalam perut lagi...mamy tak akan menangis depan aish...mamy nak aish kuat....Mamy mandikan aish...mamy pakai kan aish bedak....mamy pakaikan aish baju operation...aish tidur jek...aish comel sangat...


Siap jek mamy sediakan aish...mamy cium aish...mamy cakap ngan aish...Aish kuat sayang...aish kuat....Aish kena kuat....mamy sayang aish sangat...itu jek mamy mampu cakap..mamy terus ke toilet...mamy tak tahan...mamy nangis...mamy nangis sepuas-puasnya...tapi mamy kena kuat...mamy kesat air mata...mamy terus pergi peluk aish....mamy cium aish sepuas-puasnya...mamy masukkan aish dalam portable incubator untuk bawa ke ICL...aish buat procedur di ICL...just 2 orang nurse yang teman mamy..papa still belum sampai....masa sampai depan ICL...guard tu tegur...comel nya baby...cantik nya rambut dia....mamy notice dari awal lagi...semua cakap anak mamy ni comel...tapi mamy tengok biasa jek...hehee...syukur alhamdulillah..Mamy tolak incubator aish dalam ICL...mamy pegang tangan aish...mamy pakai kan booties n mitten...semua colour putih....suci sangat mamy tengok aish...pap still belum sampai...mamy ambil gambar aish dengan mamy sendiri...mamy tak tau kenapa...mamy nak ada gambar aish banyak-banyak...



Dalam 10 minit lepas tu baru papa sampai....mamy ambil gambar aish dengan papa..


Doctor yang nak buat procedure aish keluar...dia suruh mamy dan papa bawa masuk aish....mamy sempat bisik di telinga aish...."Aish....mamy sayang aish...mamy akan tunggu aish ok...mamy xkisah apa pon keadaan aish...mamy akan tunggu aish sayang...aish kuat kan sayang...aish tau kan...mamy selalu ada dengan aish...."...

Masuk dalam ICL....mamy angkat aish letakkan atas katil operation...Ya Allah...bila tengok segala peralatan dalam tu...rasa macam mamy yang nak baring dan gantikan aish....doctor minta permission untukbius aish...tapi sbelum bius...doctor suruh mamy dan papa...cium aish dulu....once doctor masukan ubat bius...aish menangis....doctor minta mamy pujuk aish....bila mamy pegang kepala aish....mamy usap rambut aish...aish tengok jek mamy...aish diam...dan aish terus tutup mata...Doctor arahkan mamy dan papa keluar....mamy terus berdoa..."YA Allah Ya Tuhan ku...aku serahkan anak ku kepada Mu Ya Allah.....sembuhkan lah dia...panjangkan lah umur nya...kuatkan lah semangatnya".......Baru 5 minit mamy dan papa keluar...doctor panggil kami masuk semula....doctor bius beritahu....dieorgang baru notice keadaan aish yang sangat kritikal....risiko untuk aish...juz ada 2 kemungkinan...1 dia akan berjaya menjalani procedure...tapi bila-bila masa dia boleh pergi....sebab lubang pada injup jantung terlalu besar...lagi 1 kemungkinan...aish boleh pergi...semasa sedang jalani procedure...jantung aish terlalu lemah....Mamy juz boleh cakap..."doctor buat lah yang terbaik untuk dia..."

Keluar dari ICL...doctor mazni pula jumpa mamy dan papa...doctor mazni tu...consultant di ICL...dia pon akan terlibat dengan procedure aish....dia explain condition aish lagi...masa tu...mamy juz berserah segalanya pada Allah s.w.t.....Mamy dan papa tunggu di ruangan menunggu....Mamy minta papa buatkan solat sunat untuk aish.....tak samapi 10 minit papa pergi...Nurse yang ada dalam ICL keluar jumpa mamy...dia beritahu...doctor nak jumpa....tapi...di bilik kaunseling.....Mamy sorang-sorang masa tu...mak tok dan tok yah pon ade di surau....Mamy dah dapat rasa kan...its not a good news....mamy cuba bertahan....mamy duduk dalam bilik tu...doctor hisham yang buat procedure aish....jumpa mamy...dia tanya papa mana....mamy minta dia beritahu mamy dulu...dia tetap tunggu papa...mamy berkeras...baru lah dia beritahu..."Saya minta maaf...keadaan anak puan...sangat kritikal...kami belum buat procedure....kami baru bius...jantung dia semakin lemah...dan terhenti....jadi sekarang ni...kami sedang bantu dengan buat CPR...dalam masa yang sama...kami tetap buat procedure untuk bantu dia"....."Mamy terssenyum...dan cakap dengan doctor"....Terima kasih doctor....tolong buat yang terbaik untuk anak saya"....Mamy tahan...mamy tak nak nangis...mamy tau...kalau mamy nangis....nanti aish tau mamy tak kuat...mamy perlu kuat untuk aish...Mamy try call papa...dan cakap.."naik sekarang...doctor nak jumpa"....Mamy cuba bertahan...handphone kat tangan mamy ni...kalau juz macam tin aluminium...mamy rasa dah kemik2...mamy tekan n pulas....mamy cuba kuat...ada ustaz dan ustazah yang sentiasa cuba tenang kan ammy dan papa sekiranya ada sesuatu yang tak di ingini berlaku...

Bila papa masuk jek...mamy tinggal sorang dalam bilik kaunseling...bila papa tanya kenapa....mamy hanya mampu mengalirkan air mata....mamy cari kekuatan...mamy kena kuat...untuk aish.....mulut mamy tak putus2 sentiasa berdoa "Ya Allah...kuatkan semangat anakku...panjangkan umurnya...hilangkan segala penyakitnya..".....mamy suruh papa duduk dulu....mamy pegang tangan papa...mamy beritahu ape yang doctor explain pada mamy....papa terus menangis....mamy msg mak tok..."mak...tolong doakan aish.....aish tengah kritikal sekarang ni...jantung aish terhenti....doctor tengah tolong dia"....

Tiba-tiba nurse masuk dalam bilik kaunseling...beritahu...doctor hisham nak jumpa mamy n papa kat dalam ICL.....mamy dan papa terus masuk dalam ICL...Ya Allah...masa mamy duduk...mamy nampak aish terbaring atas katil operation..dikelilingi doctor pakai baju hijau...semua orang kelam kabut...mamy rasa makin tak sedap hati...mamy rasa ade yang tak kena...mamy rasa macam nak menjerit suruh semua stop...mamy rasa macam nak ganti aish baring kat situ....tp mamy tau...mamy tak ade pilihan lain...Kalau aish tak buat semua ni...aish tetap akan tinggalkan mamy...ini jek cara terakhir untuk tolong aish....even % untuk aish survive tuk sangat  rendah...mamy dan papa tetap amik risiko...kami nak yang terbaik untuk aish...mamy tak sanggup sayang...tengok aish menanggung sakit setiap ari...Mamy tengok semua screen depan mamy...mamy tengok ada 1 screen tu...macam gambar x-tray...mamy nampak...ada tangan tengah pump something...mamy tau...itu jari doctor yang tengah tolong aish untuk buat CPR..mamy nampak jantung aish...mamy nampak ada 1 wire tengak dimasukan dalam jantung aish...mamy rasa...tu wire tuk buka injup jantung aish....tiba-tiba...mamy nampak wire tu tercucuk sesuatu....lepas tu wire tu ditarik balik....nampak macam satu benda merebak...Air mata mamy terus mengalir...mamy hanya mampu cakap..."Ya Allah....kenapa macam tu..."..kemudian wire tu ditempatkan di tempat yang sepatutnya....dan procedure itu berjaya....jantung aish berdegup kembali,,..tapi...mamy terus tanya doctor...macam mana anak saya boleh bleeding.....macam mana keadaan dia....papa tak mampu cakap apa-apa...mungkin papa terkejut dengan apa yang kami saksikan depan mata sendiri....Doctor mazni beritahu "Procedure berjaya...tapi...masa procedure dijalankan...jantung anak awak terhenti...doctor bantu dengan buat CPR....awak faham kan risiko yang diambil bila kami buat procedure untuk bayi kecil...dia terlalu...kecil...masa masukkan wire...untuk buka injup jantung...wire itu tercucuk dinding jantung anak awak yang menyebabkan pendarahan di selaput jantung....dan menyebabkan tekanan pada jantung dan penyebabkan jantung anak awak semakin lemah....mamy rasa macam kena penampar yang angat kuat....Mamy tarik nafas dalam-dalam...mamy doa..."Ya Allah...selamatkan lah anakku....dia anak yang telah ku kandungkan...dan anak yang telah minum susu ku....panjangkan umurnya...kuatkan semangatnya...Tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah"....mamy kena kuat...mamy kena fikir rasional dalam keadaan macam ni...mamy terus tanya doctor.."Macam mana nak selamatkan dia?"....Kami perlu panggil doctor pakar bedah untuk buat operation open chest..untuk keluarkan darah dalam selaput jantung.....itu je cara untuk selamat kan dia.."Mamy terus minta document kebenaran yang perlu kami sign....Mamy yang sign semua tu aish....mamy yang sign....mamy sign smua tu untuk bantu aish.....mamy sanggup buat ape je....lepas sign semua documet..mamy dan papa keluar...mamy tak tau nak cakap apa...mamy mampu peluk papa...mamy tak boleh menangis...kesian aish tengah berjuang untuk hidup dengan mamy dan papa...Aish kuat sayang....jantung aish tadi dah terhenti...aish balik semula pada mamy...kuat kan semangat aish k..mamy sayang aish....papa blur....mamy explain semula apa yang jadi tadi...kenapa mamy sign semua paper tu...papa speechless..papa menangis sayang...papa menangis bila fikir aish...mak tok dan tok yah sentiasa ade dengan mamy...mereka sentiasa berdoa untuk aish...mamy suruh papa call tok bah aish...minta dieorang datang....aish kritikal...tapi...tok bah aish sibuk kerja...tok bah aish tak boleh datang...mamy cakap dengan papa....suruh datang...jangan menyesal...papa call lagi...tapi nak macam mana...tak pe aish..mamy, papa, mak tok dan tok yah sentiasa ada tunggu aish...

Tiba-tiba doctor mazni keluar...dia ajak mamy dan papa masuk bilik kaunseling....dia beritahu....masa buat operation....jantung aish terhenti...dah hampir 45 minit doctor bantu buat CPR...tapi masih tak ada respond....mamy terdiam...air mata mengalir...tapi mamy dapat rasa...aish masih ada...aish akan balik pada mamy...Ya Allah...Kuatkan semangat anak ku...berilah aku peluang Ya Allah..untuk berjumpa dia...walaupun untuk kali terakhir....Mamy tanya doctor..."jadi sekarang macam mana?...."..doctor beritahu..."nampak nya...memang jantung dia terlalu lemah untuk respond...."...mamy hanya mampu cakap dengan doctor..."doctor tolong la dia semampu doctor...sebaik yang mungkin....tapi kalau memang dia dah tak boleh...tolong jangan paksa dia lagi...kesian dia..dia dah penat...biar dia rehat"....Doctor beritahu.."Baiklah...kalau macam tu...saya akan maklumkan untuk berhentikan semua....semua ini adalah ketentuan dari Allah s.w.t...awak kena bersabar ye...Doctor mazni masuk kedalam ICL...papa terus keluar....mak tok terus peluk mamy....tok yah terus keluar.......mak tok menangis...mamy cakap ngan mak tok..."jangan menangis mak....kesian aish...mak kena kuat....kalau mak kuat....orang pon kuat...mak tolong orang yea....jangan menangis.."mamy cuba kawal kesedihan mamy...mamy rasa...aish masih ada...mamy kena kuat untuk aish....papa dah tersandar depan pintu ICL....papa menangis sayang...papa sedih sebab aish pergi tinggalkan mamy dan papa....tapi....memang mamy cakap...mamy redha...tapi...itu hanya di mulut....dalam hati mamy sentiasa berdoa...kuatkan semangat aish...panjangkan umur aish....sekiranya ini adalah yang terbaik untuk aish....tolong beri mamy dan papa 1 peluang untuk berjumpa aish...mamy sendiri akan lepas kan aish....aish tolong la balik untuk mamy....mamy mohon dengan Allah s.w.t......15  minit selepas doctor mazni telah beritahu mamy tadi...dia keluar jumpa mamy dan papa semula....dia pegang bahu mamy...dia beritahu..."Saya minta maaf....Tadi masa saya keluar jumpa kamu...memang betul jantung dia telah berhenti....tapi bila saya masuk semula...Alhamdulillah...jantung dia berdegup kembali...dia kembali semula.....sekarang ni...kami akan buat by pass untuk rehatkan jantung dia...kalau condition dia stabil...kami akan hantar dia ke ICU...awak dan suami boleh jumpa dia....."...mamy terus menjerit"....Allahuakhbar doctor.........alhamdulillah.....terima kasih doctor".......Papa terus peluk mamy....kawan-kawan papa...uncle farid dan uncle nepal datang untuk tengok aish...mamy terus beritahu mak tok dan tok yah....semua bersyukur kehadrat Ilahi....tapi....terdetik dalam hati mamy....Aish nak jumpa mamy dulu yea sayang....tapi mamy tak beritahu apa yang mamy rasa pn pada papa....

Mamy, papa dan semua tunggu aish di transfer ke ICU....kakak shasha datang dengan kawan-kawan dia...kakak aca datang dengan kak dida..kakak ayeen datang dengan kak neena...semua datang nak jumpa aish....tiba-tiba...nurse keluar jumpa mamy dan papa...minta masuk dalam ICU...dia minta mamy duduk dalam bilik menunggu...masa masuk dalam bilik tu...mamy nampak ramai kawan-kawan aish...ada yang kepala dah dibotakkan...leher ditebuk untuk masuk kan ubat...1 katil bergegar kerana menggunakan machine untuk stabilkan jantung...terdetik di hati mamy...sanggup ke mamy lihat penderitaan aish macam tu....ada ustaz dan ustazah yang sentiasa cuba tenang kan mamy dan papa...Dah hampir 30 minit mamy dan papa tunggu...mamy terus cakap dengan papa..."Ayang tolong redha yea...jang persoalkan apa yang terjadi...ayang sanggup tak kalau aish kena macam budak-budak kat luar tu...cnta tak boleh...kesian aish..."papa cakap.."orang pon tak sanggup cnta...kita doa yang terbaik untuk aish...orang sayang aish...cnta pon sayang aish..."....ustazah sentiasa minta mamy bertenang...dia bawakan air dan roti...mamy dalam hari...jadi mereka risau mamy tumpah darah atau pengsan....Mamy tak boleh langsung telan semua tu....dekat luar hujan turun lebat sangat...masa tu pukul 4.45pm...cuaca sangat gelap...mamy rasa seolah-olah langit pon menangis....Selama ini...mamy tak pernah berdoa untuk berikan yang terbaik untuk aish...sebab mamy tau...mamy dapat rasakan...pekara yang terbaik untuk aish...adalah...dengan redha untuk melepaskan aish pergi...Doctor mazni masuk jumpa mamy dan papa...dia beritahu...tadi masa baru transfer dari ICL ke ICU...sekali lagi jantung aish collapse...mereka cuba bantu...Alhamdulillah...aish kembali...walau macam mana pun....dada aish tak dapat di tutup...kerana jantung aish bengkak...mamy dan papa terus pergi ke tempat aish....Mamy minta dengan Allah s.w.t untuk beri mamy kekuatan untuk lalui semua ini....

Mamy nampak...aish terbaring atas ventilator....aish lemah sangat...dada aish terbuka...doctor hanya tampal transparent plaster pada dada aish...mamy nampak jantung aish....mamy tengok pulse aish...lemah...tekanan darah aish....rendah....% oksigen dalam jantung aish..43%.......mamy pegang kepala aish...mamy usap rambut aish....perasaan mamy masa tu...mamy tenang...mamy sayu....mamy sayang aish sangat....mamy bisik di telinga aish..."Assalammualaikum Aish Syuraid Aadiyat...."...Aish buka mata...aish tengok mamy..mata aish berkilat sangat...bercahaya..tapi sayu...Ya Allah....masa tu...hanya Allah s.w.t yang tahu apa perasaan mamy...mamy cakap lagi dengan aish.."Aish....aish nak cakap apa dengan mamy sayang...mamy sayang aish tau....aish lah anak mamy yang paling mamy sayang dunia dan akhirat...apa yang mamy buat ini...bukan kerana mamy tak sayang...tapi sebab mamy terlalu sayang...mamy tak sanggup untuk aish terus menderita...Ya Allah...sekiranya hanya sampai saat ini Engkau pinjamkan anakku..Aish Syuraid Aadiyat kepada ku...aku redha Ya Allah....Aku lepaskan dia pergi kembali pada Mu Ya Allah...sekiranya itu adalah yang terbaik...Sekiranya hanya itu lah yang dapat menghilangkan segala penderitaan yang dialami nya...aku redha Ya Allah...Aish tunggu mamy yea sayang...aish tunggu mamy....mamy  sayang aish...."Mamy cium dahi aish....papa pula bacakan kalimah laillahaillallah....... 3x pada aish...papa dahi cium aish....masa tu...pulse aish naik 100%...% oksigen aish naik 87%.....tekanan darah aish stabil...Mamy tarik tangan papa ke belakang....doctor mazni beritahu mamy...."Dah ke...awak tak nak cakap dengan dia lagi...tak pe...kalau macam ni keadaan dia...In Sha Allah...meninggal itu tak akan..."...mamy hanya senyum dan cakap dengan Docotr Mazni..."Tak pe doctor...cukuplah....doctor buat lah kerja doctor...bantu dia selagi boleh...terima kasih doctor...bila mamy dan papa sampai depan bilik menunggu...mamy terdengar deep panjang...Mamy terus ucap...Inalillahiwainailahirojiun.......Air mata mamy mengalir...papa tak perasaan beep tu....keadaan kelam kabut semula....mamy pegang tangan papa...mamy minta...papa kuat dan redha dengan ketentuanNya...papa pon sama..minta mamy kuat...doa yang terbaik...sebab doa seorang ibu adalah yang terbaik...mamy minta maaf dengan papa...sebab mamy doa untuk beri yang terbaik untuk aish...dan mamy redha melepaskan aish pergi....papa faham...papa pun nak yang terbaik untuk aish....

Selepas 30 minit...Doctor hisham jumpa mamy dan papa...mamy dah boleh agak...apa yang bakal doctor hisham sampaikan....Doctor hisham beritahu.."Tadi..selepas awak pergi....sekali lagi jantung dia berhenti...dah 30 minit kita cuba bantu....tapi...masih tak ada respond..."...Mamy terus potong cakap doctor..."Doctor...tolong saya...berhentikan semua tu....biarkan dia rehat...cukuplah....anak saya dah cukup penat dia bertahan....jangan paksa dia lagi....tolong saya yea..kesian dia....."...Doctor hisham terdiam....dia cakap"...kalau macam tu...saya akan minta semua untuk berhenti..sebelum kami cabut life support...awak boleh la jumpa dia dulu...Saya minta maaf...Allah s.w.t lebih sayangkan dia....Saya tak boleh cakap saya faham perasaan awak...sebab...saya memang tak faham..sebab hanya awak yang tahu dan merasai....saya cuma boleh ucapkan takziah..."...Terima kasih doctor...saya tahu...doctor dah buat yang terbaik untuk anak saya...saya minta doctor tutupkan semula dada dia....Bersihkan dia...tapi...jangan uruskan apa-apa...saya nak bawa dia balik ke johor bahru....saya nak bawa balik naik kereta saya...saya boleh pangku dia..."itu lah pemintaan mamy....doctor hisham hanya mengangguk....Mamy dan papa jumpa aish lagi sekali....masa tu...aish dah tak ada....aish juz pakai life support....mamy cium aish...mamy pegang tanagn dan kaki aish....mamy cakap dengan aish.."Aish rehat k sayang....nanti mamy bawa aish balik rumah mak tok yea....."..papa pon cium aish....Mamy tanya nurse...boleh tak kalau mamy nak pakaikan aish baju...kesian aish sejuk nak balik johor...nurse benarkan...nurse pon nak bersihkan badan aish...badan aish ada darah...mamy sms mak tok...mamy minta...semua redhakan pemergian aish...sebab itu lah yang terbaik untuk aish...jangan bersediah...sebab...aish berada ditempat yang terbaik sekali...In Sha Allah....

Bila mamy keluar dari ICU...semua ada...kawan-kawan mamy pon ade...ade auntiie lily...auntie oney...auntie ned....terima kasih semua yang datang...mamy beritahu mak tok,...mamy nak bawa balik aish sendiri....mak tok terus cakap...tak pe...mak boleh drive.....mamy minta tolong mak tok kemas barang-barang mamy dan aish....mamy ambil baju aish....mamy nak pakai kan baju putih lagi...mak tok menangis...mak tok cakap...jangan la...pakai kan la baju ni...mak tok tunjuk baju mickey mouse colour coklat...siap dengan topi...sarung tangan dan sarung kaki....mesti aish comel kalau pakai ni..mak nak tengok aish pakai ni....mamy tersenyum.....mamy terus cakap ngan mak tok...."mak tok jangan nangis eh....kesian aish...aish dah penat...aish nak balik rumah mak tok....maish dah tak sakit lagi...aish boleh berehat"....mamy terus bawa baju aish semua ke ICU....mamy dan papa pakai kan aish baju...pakai kan selimut..ala comel nye anak mamy...blanket dia ade kepala mickey mouse lagi....mamy minta nak dokong aish,....mamy duduk sementara tunggu orang mortuary...mamy cium aish...Alhamdulillah...Allah s.w.t kurniakan mamy kekuatan...mamy mampu untuk bertahan....selseai semua...doctor dah sahkan surat mati aish..Aish disahkan meninggal jam 5.20pm 9/9/2013....mamy dokong aish sendiri dan bawa ke bilik jenazah....sepanjang jalan...mamy tengok muka aish....Ya Allah...tenang nya wajah aish...mamy cium aish....papa sentiasa ada dengan mamy....masuk bilik jenazah....papa settle kan semua documet untuk bawa aish balik...mamy suruh mak tok turun bawah....ke bilik jenazah...alhamdulillah...aunty neb, aunty lily dan aunty oney sentiasa teman mamy...

Al-Fatihah untuk Aish Syuraid Aadiyat
mereka bacakan yassin untuk aish....mak tok dan tok yah pon sampai....uncle farid pon ada...mamy baringkan aish atas sejadah...bukan mamy tak nak pangku aish...mamy fikir...kesian badan aish sakit kalau mamy pegang...sebab nanti perjalanan balik johor...jauh....mamy cium aish banyak kali...aunty oney pon minta untuk cium aish.....lepas maghrib...mak tok beritahu untuk bawa balik aish...mamy pangku aish..mamy pakaikan aish selimut tebal sikit...kecian aish sejuk...cuaca masa tu hujan...tapi tak lebat sangat...ssemua bersedih dengan pemergian aish....mamy pangku aish sampai seremban...kepala mamy pening sangat..mungin sebab mamy dalam pantang...mamy kena hujan masa keluar dar bilik jenazah...mamy dari pagi memang tak makan...cuma 3 sudu nasi yang mak tok bawa sebelum aish buat procedure...setitik aish pon tak ada....mamy minta papa pangku aish....mak tok berhenti di seremban untuk isi minyak....tok bah aish baru sampai seremban...dia nak follow aish balik...tapi sementara tunggu aish....tok bah aish dan tok mama aish sempat berhenti makan dulu....mak tok tak boleh sabar,..sebab kami bawa aish...mana boleh berhenti lama-lama....mak tok terus bawa balik aish....alhamdulillah....pukul 11.55pm...aish sampai rumah mak tok...orang pertama yang meluru untuk peluk mamy dang dokong aish...adalah tok su....tok su memang sayang aish sangat....