Majlis Akiqah yang pertama Aish mamy buat masa hari ke 5 Aish pergi meninggalkan mamy...Mamy buat sekali dengan Majlis doa selamat tuk Mak tok dan Tok Yah nak berangkat ke tanah suci sebagai tetamu Rumah Allah...Majlis Aish di buat pada :
Tarikh : 15 September 2013
Masa : 2.00 pm - 9.00 pm
Alhamdulillah...ramai yg datang...kawan-kawan skoll mamy pon ade dtg...aunty baity n husband, aunty shark, aunty, marya, auntie a-ah n husband..Aunty Rozy n husband, aunty salbiah, aunty c-tot...Mamy rasa...mbeek aish ni sgt besar...Mamy akad dan minta tolong Hajah Salmi untuk uruskan dari sembelih hingga la masak...dia wat mbeekk aish masak blackpaper...Mamy n papa x makan...sbb mamy n papa da niat nak wat tuk aish bg pada org2 makan... :) ....Harga siap masak semua RM850.00...Untuk lauk-lauk lain pula..mamy juz tambahan RM500.00...Yg lebih...tok yah yang keluar duit...Alhamdulillah...In Sha Allah...ade rezeki...mamy akan buat akiqah lagi seekor kambing untuk aish...
Ibadah Qurban
Ibadah Qurban Aish pula...Papa akad dengan tok yah sebelum tok yah berangkat ke Mekkah...Mamy niat buat Ibadah Qurban Aish di Mekkah...Alhamdulillah syg...hajat mamy tercapai...Pada 15 Oktober 2013 Ibadah Qurban Aish dilaksanakan di Tanah Suci Mekkah...Tapi mamy xtau la...kat sana dieorg sembelih unta atau kibas...X kisah la aish...ape pon binatangan tunggangan Aish...sbb bg mamt=y...Aish da mmg ditempatkan disyurga kan...Walahualam...
Umrah Sunat
Selepas selesai tok yah buat umrah untuk diri sendiri...Tok Yah buat kan Umrah sunat untuk Aish...Alhamdulillah sayang...Mamy xtau mcm mana nak balas segala kebaikan yang mak tok dan tok yah da buat untuk kita...Mak tok dan tok yah mmg sayang aish sgt...walaupun tok yah x berapa sihat semasa berada di sana...beberapa kali tok yah terpaksa diberi bantuan oksigen...Tapi tok yah tetap buat kan umrah sunat untuk Aish...Mak Tok ade belikan Al-Quran dan di letakkan di Masjidil Haram atas nama Aish...SubahanAllah...Aish sgt beruntung syg....Syukur Alhamdulillah...Allah s.w.t beri mamy peluang mengandung, melahirkan dan menyusukan Wildan Syurga pilihan Allah ini...Tok yah buatkan umrah aish pada:
Tarikh : 24 Oktober 2013
Masa : 2.00pm (waktu Malaysia)
___________________________________________________________________________________
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad saw ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, lalu Baginda saw bersabda yang maksudnya :
“Allah tidak menyukai kederhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: “Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing.”
[HR. Abu Daud]
Maksud hadis daripada perkataan (“suka atau ingin” menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan barulah ianya dipanggil aqiqah wajib.
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” [HR. Tirmizi]
“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama.” [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.
1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
3. Unta- melebihi lima tahun
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban).
Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Hukum ibadat korban
Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :
Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.
Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.
Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban
Disunatkan melakukan ibadat korban ini kepada mereka yang mempunyai syarat-syarat berikut :
1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh atau pun gila
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

No comments:
Post a Comment