Thursday, 7 November 2013

Alahan + Mengidam

ALAHAN DAN MENGIDAM
Alhamdulillah…semasa mengandungkan Aish..mamy tak ada alahan yang teruk…mamy Cuma tak boleh lapar…bila mamy lapar…mamy akan muntah…Tapi masa early pregnant, papa yang mabuk teruk…hehee..tapi tak lama…Cuma dalam 1 minggu….Sepanjang Aish dalam kandungan…mamy tak ada mengidam benda yang pelik-pelik…

BELANGKAS
Cuma mamy teringin nak makan belangkas..itu pun sebab uncle Rahim Aish tu la..post gambar belangkas masak sambal kot dalam FB…Mamy ape agi…mamy terus SMS papa Aish.. “Ayg….cnta nak makan belangkas…cnta tgk Aim post gmbar lauk belangkas tu macam sedap jek”…papa Aish reply..”Ait…cnta betul ke nak makan…jangan muntah dah la..Ok…org belikan”…Malam tu..papa aish bawak alik….Bila mamy tengok jek lauk belangkas tu…macam tak nak makan la pulak…Tapi bila mengenangkan..papa Aish dah belikan…mamy makan lah juga….Lepas makan…Tak sampai 10 minit….mamy terus muntah…pening…sampai rasa nak pitam…hahaa…Esok pagi…mamy terus hantar SMS pada boss mamy…cakap mamy EL….penangan belangkas punya cerita…hahaa

PELAM (DEPAN RUMAH TOK BAH AISH)
Mamy tetiba teringin nak makan pelam depan rumah tok bah Aish…masalahnya pulak…Pokok tu belum berbuah….hahahaaaa…Papa dah kusut kepala..mana nak cari….Tapi memang rezeki…ada 2 biji jek masa tu…Tok Bah Aish tolong ambilkan…dapat la mamy makan cicah dengan gula pasir…nyum…nyum…

DURIAN BELANDA
Buah durian belanda punya hal lak…Kebetulan …Belum musim…Tapi mamy nak sangat….Papa Aish mencari gak…Auntie Lina sampai cari belakang rumah dia…tak ada juga…Mak tok call kawan-kawan mak tok yang ada pokok durian belanda untuk cari kan…Mamy dah sedih jek…Tok yah pon cuba tanya orang-orang di Felda…kalau ada jumpa buah durian belanda…tapi memang tak ada rezek….tiba-tiba..papa long Aish SMS mamy…”Adik…kalau durian belanda yang dah kopek dan isi dia tuk buat air tu adik nak tak”….mamy reply…”boleh la am man…dari tak ada”…Papa Long Aish pon belikan…RM16 / kotak…heheee..Selepas seminggu..Ayah Chik Aish lak belikan buah durian belanda….kebetulan ada kat kedai buah dekat area kota…tapi belum masak…RM15/biji…Dah la buah tu belum masak…tapi mamy terus potong…dan terus makan…..buruk perangai kan…heheee…Rupa-rupanya…tok Abah Aish pon sibuk carikan…Alhamdulillah….mamy dapat makan buah durian belanda yang masak ranum…manis lagi lazat…tok Bah Aish belikan kat R&R Pagoh…..


PECEL (TOK SU TIMAH), RAMBUTAN & AYAM MASAK KICAP (PA MAN SALAM)
Tadi buah durian belanda…Ini pula cerita pecel (Tok su timah) di Kg Sri Bunian, Ayam masak kicap dan rambutan (Pa Man) Prt Sri Bahrom, Rengit….Mamy punya lah teringin makan semua tu…Aish 35 minggu  dalam kandungan masa tu…Papa Aish..Mak tok..Tok yah…ngan semua terpaksa melayan mamy balik kampung juga time hari raya..pasal mamy nak makan semua tu…Kebetulan pula rambutan di rumah pa man salam belum masak…masih hijau lagi…Papa Aish bersusah payah cari juga…dapat lah mamy makan yang dah kuning-kuning sikit…Alhamdulillah….

RAMBUTAN RUMAH MAK TOK
Ini lagi satu hal….mamy dah admitted…pada 14 Ogos 2013..Aish masa tu masuk 36 minggu dalam kandungan…Tapi mamy teringin sangat nak makan rambutan kuning depan rumah mak tok…kebetulan pulak…rambutan tu masih belum masak…Mak tok dan Papa Aish terpaksa lah memanjat…pilih mana yang dah masak sikit…hahaha…Mamy dapat makan dengan senang hati…

IKAN MASAK SAMBAL

Ini pula…permintaan terakhir mamy sebelum masuk labor room….Mamy pon tak tau mamy dah nak kena masuk labour room..sebab mamy belum rasa sakit…Jadi pagi tu…mak tok aish tanya…”adik nak makan apa…mak masak kan”….”orang nak makan ikan masak sambal”…..rupa-rupanya…masa mamy buat CTG dalam pukul 11.30 pagi…mamy nye contraction dah hyper…tapi dengan kuasa Allah s.w.t…mamy tak rasa sakit pon...masa tu dah buka 3cm….jadi nya…Doctor tolong bagi buka 4cm….pastu pecahkan air ketuban…masa pecahkan air ketuban…mamy tak sakit…mamy siap ketawa-ketawa..sambil SMS papa Aish..cakap mamy dah nak kena masuk labor room…Mak tok Aish masa tu dah tunggu kat katil…dengan ikan masak sambal…nurse tolak mamy naik wheelchair ke katil…dengan air ketuban yang meleleh tu..mamy seboleh-boleh nak makan ikan sambal dulu…mak tok dengan berjuraian air mata dok suap mamy makan…mamy pon dah pelik…sebab mamy tak sakit langsung…selesai makan ikan masak sambal…baru lah papa Aish tolak mamy ke labor room….

No comments: