Thursday, 7 November 2013

The sad story begin...29 weeks of pregnancy

20 JUN 2013,khamis..masa tu Aish 29 minggu dalam kandunganmamy pergi check up di Puteri Specialist, Johor Bahru….Tujuan pergi untuk check up pasal Aish terbelit tali pusat…..Tapi mamy tak tau kenapa…mamy rasa macam ada dugaan lain yang lebih besar menanti mamy….Masa mamy pergi check up…mak tok yang teman mamy….Papa Aish work…Bila mamy jumpa doctor…doctor scan…doctor cakap..in sha Allah…tali pusat Aish akan terlerai…sebab tak ketat sangat….Jadi doctor pon scan 100%....check otak Aish…doctor cakap good…tangan, kaki, fizikal Aish…semua good….tiba kat jantung Aish….lama doctor tengok….doctor terus tanya..”Where is your husband…waiting outside yea…nurse…please call her hudband”…”no…I’m coming with my mom…””Ask her mom to come in”…Whoa doctor…hold a second…I don’t think it’s a good idea….Please just tell me..what’s the problem…its anything wrong with my baby…how is he?...”…..Doctor noe Aini pon bagitau dengan mamy….”Actually…I kena refer u ke HSA…Its seem like your baby’s heart ada problem…Its dilated on 1 side….might be coz of jantung berlubang….”….Ya Allah…masa tu mamy rasa kepala mamy macam kena hempap dengan batu besar…. “So on Monday…u pergi jumpa dr kaliamah di HSA…dia one of pakar untuk fetal scan…I call dia tuk confirm kan appointment u ok….”…mamy menangis…tapi mamy trus stop…coz…mamy tak nak aish rasa mamy tengah sedih….Mamy tau aish tengah sakit…tapi aish bergantung dengan mamy..sebab aish masih dalam kandungan…so mamy tak nak emosi…kesian aish nanti…mamy kena kuat….sebab mamy tau…mamy kuat…aish akan kuat….bila mamy keluar dari bilik doctor…mak tok aish terus tanya…”macam mana dik…aish ok x?...”dari dalam perut lagi….mamy dah panggil nama Aish…maksud nama Aish tu…kehidupan…pada mamy…aish adalah satu kehidupan baru tuk mamy dan papa….mamy Cuma senyum dan cakap dengan mak tok…”Doctor cakap…In sha Allah…tali pusat dia boleh terlerai…dia boleh pusing lagi”….mak tok terus cakap..”Alhamdulillah……Aish baik kan….aish pusing yea…biar tali pusat tu terlerai…”…mak tok usap perut mamy…masa tu….hanya Allah s.w.t yang tahu…apa yang mamy rasa….Mamy cuba tahan…tak nak tunjuk apa-apa reaksi yang negetif…mamy yang drive time tu…mak tok memang nak drive…tapi mamy berkeras…bukan nya apa….mamy takut…bila mamy cakap ngn mak tok…mak tok tak boleh drive…kesian mak tok kan….Mamy cuba bertenang….Lepas keluar dari kawasan Puteri Specialist…mamy drive balik…ikut jalan highway pasir gudang…mamy tengah fikir…macam mana nak cakap…mamy takut mak tok tak boleh terima..sebab keluarga kita baru je di uji oleh Allah s.w.t dengan dugaan masa Rannia sakit….awal tahun masa tu…Rannia di operation di IJN kerana saluran jantung dia terbalik…Ini Aish pula…jantung berlubang…mamy masih cuba bertahan….Masa sampai di jalan datin halimah…mamy dah tak tahan sayang…mamy menangis…mak tok perasan…mak tok terus tanya…”Adik ada sembunyikan apa-apa dari mak yea…adik cakap lah dengan mak…adik jangan la macam ni….Aish kenapa dik….Adik…adik bagi tau mak….Aish kenapa dik….pasal tali pusat dia tu ke….”Masa tu mamy speechless….mamy try bertenang….mamy fikir ayat yang terbaik…”Tak mak…tali pusat dia tu…in sha Allah…akan terlerai….tapi….tadi masa doctor scan….doctor dapat detect….jantung aish bengkak sebelah kiri…..Aish mungkin ada jantung berlubang…”……”Ya Allah adik……….”mak tok terus nangis…..tapi mamy cuba pujuk mak tok….”tak apa mak…ini scan jek…nanti minggu depan…hari isnin…orang kena pergi HSA…jumpa pakar scan kandungan……”…”Adik call amin la….suruh dia balik la…adik jangan tanggung seorang…adik call dia”….”tak pe mak…orang call dia suruh balik….nanti dia dah balik baru orang cerita dengan dia…takut tak dia susah hati masa drive nanti”…..mak tok terus call tok yah, mama long, mama gie, ayah boy, ayah chik dan tok su….mamy call papa…papa terus balik…tapi papa tak tahu kenapa…papa ingatkan..pasal tali pusat jek….

Sampai je kat rumah…mamy tengok muka tok yah…sedih sangat…mamy cuba bertahan…mamy tak boleh nangis…mamy kena kuat…sebab mamy nak aish kuat…mamy kena bertenang…sebab mamy nak aish pon tenang….mamy Cuma mampu berdoa…”Ya Allah….pelihara lah anak didalam kandungan ku ini….jadikan dia sihat sempurna…sembuhkan lah dia dari segala penyakit yang memudaratkan….sesungguhnya…Engkau lah yang Maha Penyembuh…tiada sembuhan melainkan penawar Mu Ya Allah….Mamy tunggu papa Aish balik…mamy fikir…apa cara terbaik tuk cakap dengan papa aish…sebab…papa Aish ni…susah sikit nak faham bila mamy jelaskan…heheee….

Bila papa Aish sampai jek….mak tok terus menangis…..papa aish dah pelik…mamy senyum jek…mamy ajak papa Aish masuk bilik…suruh dia duduk dulu…papa sibuk tanya…kenapa…kenapa…kenapa….mamy cakap…”sabar…duduk dulu….ayang rileks dulu k…ayang dengar apa yang cinta nak cakap….”mamy cari kekuatan….mamy terus cerita dengan papa aish….habis jek jelaskan semua nya…apa yang doctor nur aini cakap dan apa tindakan susulan selepas ini….Mamy terus menangis…papa aish macam terpinga-pinga….masih tak boleh terima kenyataan…papa peluk mamy…tapi papa tak cakap apa-apa….tapi mamy nangis kejap jek…sebab mamy ingat kat aish…kesian aish sedih nanti…..bila mamy dah ok….papa terus keluar…hisap rokok kat bawah pokok rambutan….papa termenung jek….mamy suruh papa inform tok bah aish…Tapi macam biasa la…tok bah aish mana nak percaya…dia cakap…ala..benda dalam perut…kadang-kadang doctor salah…tok bah aish tak nak terima kenyataan…tapi mamy sabar…apa pon yang doctor cakap..atau siapa pon cakap…pada mamy…mamy kena kuat…mamy kena bertenang…mamy hanya mampu berdoa, tawakal, mohon pada Allah s.w.t….berilah keajaiban pada aish….

24 Jun 2013, isnin….papa amik cuti hari ini…bawa mamy pergi check up di HSA….jumpa doctor kaliamah….Mamy masuk sorang dulu…doctor scan…confirm memang jantung aish bengkak sebelah dan jantung aish ada lubang…tapi bukan di dinding jantung….di injap jantung aish….ada 2 injap yang bermasalah…1 injap tak buka…dan 1 injap berlubang…Anytime Aish boleh meninggal dalam perut…sebab aish mungkin lemas dengan darah aish sendiri…lubah pada injap jantung aish pula besar….jantung aish membengkak almost 1x ganda dari size sepatutnya…doctor memang tak boleh menjamin yang aish akan survive dalam kandungan pon….mamy dengar setiap explanation doctor dengan tenang…..doctor tanya….papa aish mana…mamy panggil papa aish masuk….Mamy kena admitted dekat wad….sebab nak buat appointment dengan pakar jantung kanak-kanak…dr nizam…bila mamy keluar dari bilik doctor…mamy makin tak kuat…mamy makin sayu….mamy sayang aish…mamy takut kehilangan aish… Kebetulan bos mamy call…dato’ Ishak….mamy terus menangis….mamy cerita dengan boss mamy….lepas tu…mamy fikir…macam mana nak cakap dengan mak tok sebab tok yah tak ada dekat rumah…takut lak kalau mak tok tak kuat…tok yah pulak tak ada….mamy call mama long dulu…bagi tau mama long….tanya tok yah dah balik ke belum….lepas tu…baru mamy call mak tok….mak tok menangis…papa terus uruskan admission ke wad….mamy duduk 3rd class dulu…1st class tak ada bilik kosong….

Masa duduk kat 3rd class…doctor memang sangat tak bagus…bukan tak bagus dari segi knowledge dieorg..tapi dari segi PR…..memang la dah tugas dia untuk diagnos…tapi kasar betul soalan….1st - dia tanya…u memang nak anak ni ke…ke u ada try nak gugurkan anak ni…2nd – u ada makan ubat apa-apa ke untuk gugurkan anak ini….3rd..- jantung dia memang problem…u nak ke anak ini?.......jawapan dari mamy….”Otak dia….kalau tak sayang…tak kan I datang hospital tuk cari jalan tuk bagi bby I sihat….Tak kan I dah pregnant 29 weeks baru I nak gugur kan….”…tahap kesabaran mamy time tu memang tahap cipan dah…heheee…nasib baik petang tu…mamy dapat transfer ke wad 1st class….Alhamdulillah…doctor yang in charge mamy…Dr Teoh….dia setkan appointment dengan dr Nizam…esok..Petang tu…mamy 2x kena amik injection tuk matang kan paru-paru aish… Ya Allah….sakit nya…sengal jek rasa…hehehee

25 Jun 2013, Selasa….Appointment dengan dr nizam kul 8…papa aish on leave lagi hari ni….papa tolak mamy naik wheelchair ke pediatric building…..Dalam kul 9am…dr nizam pon panggil mamy n papa…mamy terus baring atas katil tuk scan…as usual la kan aish….heheee….Masa scan…muka dr nizam berkerut jek…1001 macam persoalan yang tersirat…dr nizam banyak membebel sndiri..mamy pon dengar tak clear…banyak sangat bahasa-bahasa medical yang dia guna…hampeh..ape pon mamy tak faham…hehee....mamy dah tawakal…apa pon yang akan dr bagtau mamy…mamy dah sedia….sebab mamy tau…doctor hanya manusia biasa..yang ada kelebihan berdasarkan pengetahuan mereka tentang perubatan…tetapi yang Maha Mengetahui…Hanya Allah s.w.t….baik atau buruk…mamy redha…scan punya scan…dr nizam tiba-tiba tarik nafas panjang…dan memulakan bicara….”Baiklah…saya dah tengok..memang confirm terdapat lubang dan injup yang problem…saya tak tahu nak cakap macam mana dengan awak berdua…sebab saya nak kena terus terang…saya nak awak faham betul-betul…semua ini dah memang ditentukan oleh Allah s.w.t….Senang kata…memang kejadian baby awak lah…ini kira kecacatan jantung…Untuk condition fetal yang macam ni…terus terang saya beritahu awak…anytime awak punya baby…boleh meninggal dalam perut….dr kaliamah dah explain to you kan….maybe tomorrow…next week…or next month….Saya tak boleh cakap or guaranty baby u boleh bertahan sampai lahir…”…Masa tu…air mata mamy berlinang jek…Mamy kena kuat…mamy tak nak aish tahu mamy sedih….Hanya Allah yang Maha Berkuasa….Mamy tanya dengan doctor Nizam..”Tak ada cara untuk selamatkan baby saya ke dr?....so macam mana…maybe early birth ke?...tak kisah lah…anything…operation ke?.....”Dr Nizam jawab dengan mamy dengan papa…dengan jawapan yang mamy memang tak ada soalan lain lagi untuk di tanya….”Selagi dia dalam kandungan…nothing we can do for he…Maybe we wait until 38weeks…berat baby must be at least 3.0kg…baru saya boleh tolong set kan appointment di IJN untuk procedure..itu sahaja yang mampu kami tolong…Tapi..untuk makluman awak…patient saya yang sebelum ni..dari 100…just 1 orang yang boleh survive until 1 weeks after birth….Nanti saya akan discuss dengan dr kaliamah..u boleh discharge la…kita nak tahan u dekat hospital pun no point….saya Cuma boleh cakap…bersabar banyak-banyak…berdoa..cuba lah cara apa-apa pun..”


Bila mamy dah discharged….papa terus belikan mamy sarang burung….waaaa…mamy dah la xsuka makan ubat…tapi aish nya pasal…kalau sekarang ni ada orang cakap…air longkang tu boleh buat aish sihat…pun mamy minum kot…siap pakai straw letak payung lagi tepi cawan…heheee…

No comments: